PENDIDIKAN ISLAM SPM 1223/1 ( KERTAS 1)
BAHAGIAN
A:
Soalan
Objektif 20 soalan (
20 markah )
- Aneka pilihan ( soalan 1-20 )
Soalan
Struktur 20 Soalan ( 20 markah )
( soalan 21 – 40 )
- Isi tempat kosong
- Isi tempat kosong bergambar rajah / carta / peta minda
BAHAGIAN
B:
Terdapat 4
Soalan Subjektif (60 MARKAH)
JAWAB
3 SOALAN SAHAJA.
- AQIDAH ( 20 markah )
- IBADAT ( 20 markah )
Kedua-dua
bahagian ini wajib dijawab.
- TAMADUN /TOKOH / ADAB ( 20 markah )
- TAMADUN / TOKOH / ADAB ( 20 markah
Soalan no 3 dan no 4 adalah
pilihan ia hanya perlu dijawab satu soalan sahaja.
1.
TIPS
MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF
- Faham kehendak soalan dan teliti setiap jawapan
- Pilih jawapan salah dahulu dan pangkah
- Perhatikan penggunaan perkataan ( istilah )
- Perhatikan soalan berbentuk ‘bukan’ atau ‘kecuali’
- Jawab soalan yang senang dahulu
- Hitamkan jawapan yang betul sahaja
2. TIPS MENJAWAB SOALAN ISI TEMPAT KOSONG
- Memerlukan pemahaman yang mendalam tentang sesuatu pernyataan yang diberikan.
- Jawapan hendaklah tepat (hanya satu jawapan sahaja diperlukan bagi setiap soalan).
- Baca soalan dengan teliti hingga selesai
- Hafal istilah-istilah agama yang digunakan dalam Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5
3.
SOALAN
BERGAMBAR RAJAH /CARTA /PETA MINDA
- Soalan ini memerlukan jawapan yang ringkas dan tepat tentang sesuatu rajah, peta minda atau jadual yang diberikan.
- Anda perlu membaca arahan untuk mengetahui kehendak soalan yang sebenarnya.
- Baca arahan sekurang-kurangnya 2 kali.
KELEMAHAN-KELEMAHAN
PELAJAR
- MEMBUAT PILIHAN SOALAN YANG TIDAK TEPAT (Bahagian B Soalan No. 3 dan 4)
- TIDAK MEMAHAMI SOALAN SEPENUHNYA
- TIDAK FAHAM ISTILAH-ISTILAH YANG ADA DALAM SOALAN. ( ISTILAH AGAMA )
- TIDAK ADA PENGENALAN JAWAPAN (INTRO / KEPALA AYAT/ PEMBAYANG)
- MENGEMUKAKAN ISI YANG TIDAK JELAS
- JAWAPAN TIDAK CUKUP ISI
- JAWAB TIDAK MAHU LEBIH ( HANYA CUKUP MAKAN)
- MENJAWAB SOALAN DALAM BENTUK PERENGAN SAHAJA
- JAWAPAN YANG DIBERI SEOLAH-OLAH MENGHURAI SEMULA SOALAN
- ISI JAWAPAN HAMPIR SAMA
- JAWAPAN TERLALU PANJANG, SEDANGKAN ISINYA SATU SAHAJA
- JAWAPAN YANG TIDAK MUNASABAH
- SOALAN JENIS PERBEZAAN, PELAJAR TIDAK MEMBUAT KOTAK PERBEZAAN
- TIDAK MENGUASAI HUKUM FEKAH / IBADAT
- HUKUM BETUL ( 1 MARKAH )
- ALASAN BETUL ( 1 MARKAH )JIKA SALAH HUKUM DIKIRA SALAH SEKALIPUN ALASAN BETUL
PENDIDIKAN ISLAM
SPM 1223/2 ( KERTAS 2)
- Terdapat 5 soalan, kesemuanya wajib dijawab
- Peruntukan markah penuh ialah 100 markah, setiap satu soalan diberi 20 markah.
- Semua jawapan hendaklah ditulis pada buku jawapan yang disediakan oleh LPM.
Cakupan Konteks kertas ini ialah :-
- Ayat dan hadis kefahaman ( 8 – 10 markah )
- maksud potongan ayat ( 2 markah )
- maksud potongan hadis ( 2 markah
- hukum tajwid ( 4 markah )
- hukum tajwid dan cara bacaan ( 6 markah )
- Ayat hafazan ( 12 markah )
- Susun ayat (dua soalan) 4m + 4m ( 8 markah) tulis nombor secara melintang atau menegak .
- Melengkapkan ayat ( satu soalan )=( 4 markah )
- Kemahiran jawi ( dua soalan ) 6m + 4m=( 10 markah)
- Salah melebihi tiga huruf/perkataan dalam satu keratan dikira 0 markah
- Ejaan bercerai dikira salah/ tidak diterima
- Tertinggal titik melebihi tiga huruf dalam satu keratan 0 markah
- Huruf yang sama, tidak bertitik dalam satu keratan dikira satu kesalahan sahaja
- Menggunakan keadah ejaan jawi DBP ( Dewan Bahasa dan Pustaka )
PEMBAHAGIAN MARKAH KERTAS 2
BIDANG
|
JUM. TAJUK
|
JUM. SOALAN
|
MARKAH
|
JUMLAH MARKAH
|
Ayat Kefahaman
|
13
|
5
|
10+10+10+10+8
|
48
|
Ayat hafazan
|
6
|
3
|
4+4+4
|
12
|
Hadis
|
4
|
3
|
6+6+8
|
20
|
Tajwid
|
-
|
2
|
4+6
|
10
|
Jawi
|
-
|
2
|
4+6
|
10
|
STERATEGI MENJAWAB SOALAN KERTAS 2
- Anda perlu menjawab kesemua 5 soalan dalam masa 1 jam 40 minit. Masa yang dicadangkan untuk menjawab setiap soalan kurang dari 20 minit.
- Ikut arahan sebagaimana yang terdapat pada halaman pertama.
- Baca soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan.
- Sekiranya ada soalan yang sukar, jawab soalan lain terlebih dahulu.
- Bagi soalan ayat Hafazan (melengkapkan ayat dan menyusun ayat)
- Anda mestilah menghafaz ayat yang ditentukan.
- Bagi soalan hukum tajwid
- Anda perlulah mengamati dan memahami soalan dengan berhati-hati dan bertepatan dengan soalan yang diberi
7. Bagi soalan menjawikan, anda
dikehendaki menukarkan teks yang diberi.
Jawapan hendaklah mengikut ejaan DBP.
TIP-TIP
PENTING !
TEKNIK JAWAPAN PELAJAR.
APA YANG PERLU ANDA BUAT ?
TEKNIK JAWAPAN PELAJAR.
APA YANG PERLU ANDA BUAT ?
1. Baca arahan dengan teliti.
2. Jawab semua soalan yang dipilih
hingga selesai.
3. Tandakan (√ ) bagi soalan yang telah
dijawab.
4. Gunakan helaian baru bagi setiap
nombor soalan yang dipilih.
5. Tinggalkan ruangan satu baris antara
jawapan soalan ceraian (i), (ii) dan sebagainya.
6. Tulis jawapan sama ada rumi atau jawi yang agak kasar.
6. Tulis jawapan sama ada rumi atau jawi yang agak kasar.
7. Jawab dalam bentuk
fakta dengan sedikit huraian .
8.
Isi Jawapan biar
lebih dari yang dikehendaki kerana pemeriksa akan mencari fakta-fakta yang betul sahaja untuk diberi markah.
9. Jawapan dalam bentuk esei mesti
mempunyai isi yang tidak meleret-leret.
10. Isi jawapan tidak berulang-ulang. (
isi membawa maksud yang sama )
11. Jawapan bagi soalan perbezaan,
mestilah jelas. Seelok- eloknya buat dua
ruangan.
12. Soalan-soalan yang tidak ditentukan jumlah markah,
12. Soalan-soalan yang tidak ditentukan jumlah markah,
- Sila
lihat peruntukan markahnya. Jika 4 markah perlu 2 isi dan jika 6 markah perlu 3
isi.
13. Pastikan
semua soalan dijawab meskipun dianggap tidak
tepat, kerana jawapan yang
tersirat / kurang jelas akan
diterima dan mendapat markah.
14. Semak
jawapan dan bandingkan dengan nombor soalan yang dipilih sebelum dihantar.
15. Susun kertas jawapan mengikut urutan
nombor dari nombor kecil kepada besar. (
1, 2,3,4 dan 5 )
LARANGAN
( Tolong jangan buat seperti ini )
( Tolong jangan buat seperti ini )
1. Tidak ikut arahan seperti dihelaian
pertama.
2. Menulis diruangan yang diarahkan
untuk mengosongkannya.
3. Jawapan dalam bentuk esei dengan
meleret-leret.
4. Jawapan yang lintang pukang tidak
mengikut susunan nombor ( termasuk ketika mengikat kertas jawapan )
5. Menulis kata-kata rayuan.
6. Menulis ayat-ayat al-Quran atau
doa-doa tertentu.
7. Tulisan yang terlalu halus dan
berbunga-bunga yang sukar dibaca oleh pemeriksa.
KESALAHAN
YANG BIASA DILAKUKAN
- Lemah Al-Quran / jawi
- Tidak memahami kehendak ayat.
- Tidak memahami soalan yang diberi.
- Fakta yang tidak lengkap / Tidak memberikan isi
- Tidak seimbang memberikan jawapan terutama dalam soalan perbezaan.
- Jawapan tidak menepati kehendak soalan.
- Tidak mahir menggunakan istilah agama.
- Menyalin soalan.
Disediakan
oleh:
Ustaz
Mohd. Hasanin bin Tamio
Guru
Kanan Mata Pelajaran Sains Kemasyarakatan
SMK
Penghulu Saat Pt. Sulong Bt. Pahat Johor.
“TIADA DAYA UPAYA
KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH”
Selamat Maju Jaya
terima kasih.nanti saya datang lagi.
BalasPadammohon share ilmu
BalasPadammohon share ye..tq
BalasPadamMohon share ye
BalasPadam