Gerhana ada dua iaitu
1.
Gerhana matahari. Ia berlaku apabila bulan melindungi matahari.
2.
Gerhana bulan. Ia berlaku apabila bulan berada di dalam kawasan bayang bayang
bumi.
Hukum solat gerhana
Sunat Muakkad ( ( مؤكدة
Cara-cara solat
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma
bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam
satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga
secara bersendirian.
Cara-cara pelaksanaanya
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan
3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan
diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara
seperti mana-mana solat
malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan
dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat
sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada
tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam
tiap-tiap
qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang
paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai
al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam
kedua). Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’
semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali.
Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.
Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga
yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah
yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga
tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang
kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam
qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’
ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula
dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau
mana-mana tempat yang biasa
*Masuk waktu sembahyang gerhana matahari
dengan permulan melindungi bulan akan matahari. Habis waktunya dengan tiada lagi
permukaan matahari yang terlindung dengan bulan atau jatuh matahari dalam
keadan gerhana.
*Masuk waktu sembahyang gerhana bulan
dengan permulan masuk bayang bayang bumi pada bulan, dan habis waktunya dengan
tiada lagi bayang bayang bumi pada permukaan bulan atau dengan naik matahari.
Tidak habis waktunya dengan naik fajar atau jatuh bulan pada malam dalam keadan
gerhana.
*Diketahui masuk waktu dan keluarnya
dengan pengelihatan mata, tidak dengan perkataan ahli kaji bintang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan