Khamis, 23 Ogos 2012
Jumaat, 20 Julai 2012
Khamis, 19 Julai 2012
KEISTIMEWAAN 10 AKHIR RAMADAN
Keistimewaan
10 terakhir Ramadan
Ihya’
Ramadan
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a
meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila masuknya sepuluh malam terakhir
(Ramadan) baginda menghidupkan malam, baginda mengemaskan kainnya dan baginda
mengejutkan isterinya (yakni tidak bersama dengan isteri).
Hadis ini menceritakan kepada kita bagaimana Nabi SAW bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah meskipun baginda tidak melakukan dosa. Namun baginda telah memberikan satu contoh tauladan yang baik kepada umatnya di dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadan.
Panduan yang diberikan oleh baginda ini menggambarkan betapa tinggi nilainya saat yang kita lalui sekarang. Menjadi suatu yang amat malang sekiranya kita semakin lemah dan cuai dalam melakukan ibadah meskipun Ramadan semakin hampir meninggalkan kita.
Imam Muslim juga meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a berkata:
Bahawa Nabi SAW bersungguh-sungguh (beribadat) pada 10 malam terakhir tidak
seperti mana (di bulan) selainnya.
Contoh yang ditinggalkan kepada kita oleh baginda SAW wajar dijadikan pedoman di dalam mengisi hari-hari terakhir Ramadan ini. Sepatutnya waktu ini tidak dihabiskan dengan menonton televisyen atau mengunjungi pusat-pusat membeli belah. Kerana inilah fenomena yang sering kita lihat.
Kelebihan 10 malam terakhir seolah-olah tidak langsung diambil kira. Malah lebih mendukacitakan, ada di kalangan muda-mudi Islam yang keluar malam ke taman-taman untuk memadu kasih tanpa rasa berdosa dan malu.
Sepatutnya bapa sebagai ketua keluarga
mengambil berat soal membudayakan suasana ibadah khususnya pada 10 malam
terakhir ini. Anak-anak
perlukan satu panduan dan contoh dari ibu bapa.
Sebaliknya jika ibu bapa turut serta mengabaikan ibadah di penghujung Ramadan maka tidak hairanlah anak-anak tidak berminat untuk mengerjakan solat tarawih sebaliknya datang ke masjid atau surau hanya untuk membuat bising dan bermain mercun.
Apa yang dimaksudkan dengan baginda SAW menghidupkan malam dan mengemaskan kain sarungnya ialah sebagai satu gambaran bagaimana bersungguhnya baginda menumpukan saat ini dengan ibadah sehinggakan baginda tidak bersama dengan isteri untuk 10 malam terakhir ini.
Kesungguhan ini didorong pula dengan kelebihan sepuluh malam terakhir yang dijanjikan dengan kehadiran malam Al-Qadr atau Lailatulqadar.
Firman Allah SWT: Maksudnya: (Sesungguhnya kami Telah
menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam
kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan). (al-Qadr: 1-3)
Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Sebaliknya bagi mereka yang alpa, saat-saat ini seringkali
dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga
terlupa promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di
penghujung Ramadan.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah. Juga digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang
sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena. Bagi memudahkan mereka
bangun bersama pastikan mereka dapat tidur lebih awal.
Bagi suami isteri 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.
SEMOGA RAMADAN TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA RAMADAN YANG LALU. AMIN..
KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH
KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah
Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad
Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh
pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media
elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan
peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV,
radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham
dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya
dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya
diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti
berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah
bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan
antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana
dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang
tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap
batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang
mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S.
menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana
yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya
seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair
tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat
memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti
Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga
dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis
ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru
diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis
maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.
Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam
sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai
janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan
dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan
tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis
Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama
kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang
mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana
sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia
menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir.
Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada
dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman
supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus
riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan
kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan
sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu
maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan
hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak
menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak
ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. diantara
hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti
hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis
nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan
sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata:
Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang
biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya
adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman
Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa
yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk
melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati
hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya
hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu
hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan
sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika
dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan
kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang
menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya
hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh
keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang
lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan
sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud:
Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab:
Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan
adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam
menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah
hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu
mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari
meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat
pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama
dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan
nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali
sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil
sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang
dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana
tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad
s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang
terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan
"Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa
hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang
shohih.Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti
institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin
terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi
pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu
dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya
tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai
masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala
sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan
seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
Rabu, 11 Julai 2012
NOTA CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4
BAHAGIAN AKIDAH
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
Pengertian Iman
- Pada bahasa : Percaya
- Pada istilah : Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal
dengan anggota.
KEPERLUAN IMAN DALAM KEHIDUPAN
|
|
CARA UNTUK MEMBUKTIKAN
KEIMANAN :
Mematuhi perintah Allah dan
meninggalkan laranganNya seperti:
Perintah Allah
|
Larangan Allah
|
|
|
CIRI-CIRI ORANG YANG BERIMAN
|
|
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
Terdapat
6 perkara yang membatalkan iman iaitu:
i.
syirik
ii.
kufur
iii.
khurafat
|
iv.
riddah / murtad
v.
sihir
vi.
nifak / munafik
|
1. SYIRIK
Pengertian syirik ialah menyekutukan
Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya (perbuatannya)
Syirik boleh berlaku melalui
:
i.
perbuatan contoh: puja kubur, sujud kepada berhala
ii.
perkataan
contoh: mengatakan Nabi Isa a.s anak Allah
iii.
kepercayaan
contoh: mempercayai tangkal azimat, mempercayai bintang dua
belas
menentukan nasib.
BAHAGIAN SYIRIK
|
|||
Syirik
|
Maksud
|
Contoh
|
Akibat
|
1. Syirik Jali
|
Perlakuan syirik secara
terang-terangan
|
|
o
Rosak akidah
o
Berdosa besar
o
Mendapat azab di akhirat
|
2. Syirik Khafi
( Syirik ini tidak membatalkan iman)
|
Perbuatan syirik secara
bersembunyi
|
|
o
Dibenci masyarakat
o
Hilang kawan atau sahabat
o
Sukar menerima pandangan orang lain
|
2. KUFUR
Pengertian kufur ialah tidak
percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah
S.A.W.
Orang yang melakukan
perbuatan ini digelar kafir dan Allah melaknatinya.
BAHAGIAN KUFUR
|
|
KUFUR HAKIKAT
|
KUFUR NIKMAT
|
Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak
syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W
Contoh:
|
Menyalahgunakan nikmat Allah ke jalan yang
tidak diredaiNya.
Contoh:
|
Faktor
menyebabkan kekufuran
- Kesempitan hidup
- Pegangan agama yang lemah
- Terpengaruh dengan kemewahan hidup
- Terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokkan dan kebebasan
Kesan
Buruk /akibat Kufur :
Terhadap Individu
- Batalkan iman / rosak akidah
- Menimbulkan kemarahan orang lain
- Segala amalan menjadi sia-sia / tidak diterima Allah
- Tidak memperolehi keberkatan dan keredhaan Allah
Terhadap Masyarakat
- Umat Islam dipandang hina
- Mencemarkan kesucian Islam
- Melemahkan pegangan masyarakat Islam terhadap ajaran Islam
3. RIDDAH / MURTAD
Riddah bermaksud berpaling atau
keluar daripada Islam. Orang yang keluar dari Islam dihukum sebagai murtad.
Cara keluar Islam
Iktikad( niat ) :
Berniat hendak meninggalkan Islam.
Perkataan :
Isytiharkan diri keluar daripada agama Islam.
Mengatakan hukum Islam itu lapuk
Perbuatan :
Menganut agama selain daripada agama Islam.
Sujud kepada makhluk
Sebab atau Faktor Yang
Membawa kepada Murtad
- Pegangan agama yang lemah.
- Terpengaruh dengan kebendaan.
- Jahil tentang akidah & hukum Islam.
- Terpengaruh dengan agama bukan Islam.
- Tiada bimbingan selepas memeluk Islam.
Kesan / Implikasi Murtad
- Hubungan suami isteri terfasakh/ terbatal (perkahwinan terbatal)
- Haram menerima harta pusaka daripada waris
- Hartanya haram dipusakai oleh ahlinya yang Islam
- Haram dikebumikan di perkuburan Islam.
- Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.
- Tidak boleh jadi wali/ wakil akad nikah.
- Dibunuh jika enggan kembali kepada Islam.
Langkah Mengatasi Murtad
- Beri pendidikan agama pada setiap muslim.
- Melaksanakan hukum hudud.
- Mengenakan tindakan tegas terhadap orang murtad.
- Menerangkan keburukan murtad.
Cara Menangani Murtad
- Menasihatkan hingga 3 kali supaya bertaubat & kembali kepada agama Islam.
- Beri perlindungan/ bantuan sekiranya dia muallaf (baru masuk Islam).
- Pemerintah kenakan hukuman bunuh, jika masih degil.
Hikmat Hukuman Bunuh
- Beri amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermain-mainkan.
- Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian Islam.
- Hindari masyarakat Islam daripada berpecah belah & huru hara.
- Halang perbuatan yang merendah dan memburukkan Islam.
4. KHURAFAT
Ialah kepercayaan atau perbuatan Karut yang dianggap
mempunyai hubungan dengan agama Islam tetapi pada hakikatnya bertentangan
dengan konsep Tauhid dan Syariat Islam.
Contoh-contoh Khurafat
- Percaya tangkal azimat boleh menahan bahaya kepada pemakainya.
- Percaya suara binatang seperti burung boleh membawa tuah/ sial.
- Mengunjungi kubur yang dianggap keramat untuk memohon sesuatu hajat.
- mengadakan upacara mandi tolak bala pada hari Rabu akhir dalam bulan Safar.
- Mandi bunga supaya cepat dapat jodoh.
- Buang ancak bagi menghalau hantu/syaitan.
Sebab/ Faktor Berlaku
Khurafat
- Lemah iman.
- Tidak mempunyai ilmu pengetahuan agama yang mendalam.
- Ingin mencari jalan mudah untuk jadi kaya.
- Terpengaruh/terikut-ikut dengan masyarakat yang mengamalkan khurafat.
- Masyarakat tidak prihatin membanteras amalan khurafat.
- Masih terdapat tempat permujaan yang boleh membawa kepada khurafat.
Cara Mengatasi Khurafat
- Menyebarkan risalah yang menerangkan keburukan khurafat.
- Mengenakan hukuman berat kepada yang terlibat dengan khurafat.
- Mengawasi tempat yang di anggap keramat oleh masyarakat.
- Menggiatkan usaha dakwah kepada semua lapisan masyarakat.
- Menyedarkan mereka yang masih mengamalkan khurafat.
- Menghapuskan tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat.
Kesan Khurafat
·
Membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara
sia-sia.
·
Masyarakat menjadi mundur dan ketinggalan zaman.
·
Membawa kepada permusuhan dan pergaduhan.
·
Menyebabkan syirik dan batal imannya.
·
Menyekat akal berfikir secara logik.
5. SIHIR
Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus
melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitan atau jin. Ia
bertujuan untuk memudarat, menyesat dan mengelirukan manusia.
Contoh-Contoh Sihir
- Memecah belahkan pasangan suami isteri.
- Perbomohan: santau atau guna-guna dan sebagainya.
- Riak: kecantikan diri/ kekuatan luar biasa.
- Pertunjukkan silap mata memukau.
- Mendatangkan penyakit mental / fizikal.
Punca Berlaku Sihir dalam
masyarakat
- Perasaan benci terhadap seseorang.
- Perasaan dendam terhadap seseorang.
- Iri hati dengan kedudukan/ kekayaan seseorang.
Kesan/ Akibat Perbuatan
Sihir
i.
Terhadap individu
·
Merosakkan akidah dan membatalkan iman
·
Hilang pergantungan kepada Allah
·
Ahli sihir jadi takbur dan berani melakukan
kezaliman
·
Membazir masa,tenaga dan harta
ii.
Terhadap masyarakat
·
Menimbulkan pergaduhan
·
Memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
Cara Mengelak Dari Sihir
- Beriman kepada Allah dengan sepenuhnya.
- Sentiasa berdoa dijauhkan dari terkena sihir.
- Sentiasa membaca Al Quran / ayat kursyi setiap kali selesai solat
- Memohon perlindungan dengan nama-nama Allah ( asma’ul husna )
6. NIFAK / MUNAFIK
Ia bermaksud berpura-pura melahirkan
keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah. Pengamal sifat ini
digelar munafik.
Ciri-ciri/ tanda Sifat
Munafik
- Bila bercakap suka berbohong
- Bila diberi amanah dia khianat.
- Bila berjanji suka mungkir janji
- Bila berbalah dia melampaui batas.
Cara Elak Diri Dari Sifat
Munafik / Langkah Mengawal Diri
- Tingkatkan keimanan & ketakwaan kepada Allah.
- Bercakap benar bila berbicara.
- Bersikap jujur dan amanah.
- Menunaikan janji.
Kesan / Akibat Buruk Munafik
- Melemahkan perpaduan masyarakat.
- Menghancurkan kekuatan umat Islam.
- Hilangkan sikap percaya mempercayai.
- Menghalang usaha memajukan masyarakat.
- Tiada ketenangan hidup dunia dan akhirat.
Langgan:
Catatan (Atom)